Hari ini, anak syarikat pengurusan aset Kenanga Investment Bank Berhad, Kenanga Investors Berhad (KIB) telah menyelesaikan pengambilalihan kepentingan 100% dalam Libra Invest Berhad (Libra Invest), sebuah cabang pengurusan dana ECM Libra Financial Group Berhad, selaras dengan perjanjian pembelian saham bersyarat bertarikh 28 Mac 2019.
Berikutan itu, Libra Invest akan beroperasi sebagai anak syarikat milik penuh KIB.
Kedua-dua KIB dan Libra Invest ini adalah penerima anugerah dan pengiktirafan industri terkemuka, seperti Lipper, Fundsupermart.com dan anugerah Morningstar.
KIB menyediakan penyelesaian pelaburan dari skim pelaburan kolektif, perkhidmatan pengurusan portfolio, dana dagangan petukaran, perancangan kewangan dan pelaburan alternatif untuk pelanggan runcit, nilai bersih tinggi, korporat dan institusi.