Artikel

Stripe Umum Pelancaran Rasminya Di Malaysia

Stripe, syarikat teknologi global mengumumkan pelancaran rasmi di Malaysia. Dengan nilai RM146 bilion (AS$35 bilion) Stripe telah mengumumkan perkongsian bersama Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) bagi mendapatkan FPX untuk perniagaan di negara ini.

Malaysia adalah salah satu daripada penduduk yang paling banyak dihubungkan di dunia. Pengguna internet Malaysia juga merupakan antara 10 yang paling terlibat di dunia. Bagaimanapun, internet hanya mewakili sekitar 3 peratus daripada KDNK negara.

John Collison, Pengasas Stripe menyatakan matlamat mereka adalah untuk membina infrastruktur teknologi yang diperluukan Malaysia untuk melaksanakan perniagaan pada had laju. Menerusi pelancaran di Malaysia mana-mana syarikat dalam talian di negara ini kini boleh mendapat akses kepada keseluruhan produk Stripe.

Pelaksanaan Stripe bertujuan untuk memperkasa lebih banyak perniagaan di Malaysia untuk mengeksport kreativiti mereka ke seluruh dunia.  

Stripe telah menguji perkhidmatannya di Malaysia sejak Januari tahun ini, dan telah bekerja dengan beberapa syarikat paling inovatif di negara ini termasuk: platform penyelesaian e-dagang EasyStore, perkhidmatan penghantaran makanan DahMakan, dan pltform fesyen seperti FashionValet.

Pada platform Stripe juga ia membolehkan perniagaan menerima pembayaran di lebih daripada 135 matawang dan melalui kaedah pembayaran seperti FPX dan kad kredit. Di samping menerima pembayaran, syarikat boleh menggunakan Stripe untuk membina model perniagaan baru seperti pasar, crowdfunding dan langganan, mengendalikan pengalaman perakaunan dan mengoptimumkan untuk peranti mudah alih. 

Manakala, Peter Schiesser, Ketua Pegawai Eksekutif PayNet – berpendapat bahawa melalui kerjasama ini, mereka dapat integrasi FPX untuk membawa kemudahan dan faedah membayar dengan FPX kepada lebih ramai rakyat Malaysia. 

Perkongsian ini, secara tidak langsung Malaysia telah mengorak kehadapan bagi kemajuan infrastruktur ekonomi untuk internet. Seterusnya, antara negara lain yang turut menerima pelaksanaan platform Stripe adalah Estonia, Greece, Latvia, Lithuania, Poland, Portugal, Slovakia dan Slovenia.