Belanjawan 2020 akan dibentangkan oleh kerajaan pada Jumaat ini. Berikut adalah empat perkara yang anda harus tahu:
PERTAMA: SLOGAN
Ada beberapa slogan yang kerajaan telah gembar gemburkan. Bagaimana cogankata-cogankata ini boleh membantu anda?
- Wawasan Kemakmuran Bersama 2030
Ini adalah Wawasan 2020 yang baharu. Kalau dahulunya, sasaran W2020 adalah untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020, kini sasaran Malaysia adalah untuk menjadi negara kesamarataan ekonomi menjelang 2030.
- Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12)
Setiap satu RMK mempunyai tempoh yang panjang, kebiasaanya selama lima tahun. RMK12 dijangka akan mempunyai garis masa antara 2020 dan 2024 (lima tahun).
Kedua-dua idea, RMK12 dan Shared Prosperity dijangka akan membantu golongan graduan muda dan B40. Jika anda berada di dalam salah satu kelompok ini, pastikan anda fahami belanjawan 2020 dan kaji apakah benefit yang boleh didapati dari belanjawan tahun hadapan.
KEDUA: PARLIMEN
Parlimen bersidang semula hari ini hingga 5 Disember. Sesi ini adalah sesi persidangan parlimen yang paling panjang, melangkaui dua bulan. Terdapat beberapa rang undang-undang (RUU) yang akan dibentangkan, antaranya RUU ICPMC yang akan memperkasakan tugas PDRM.
Selain itu, cukai digital seperti Netflix akan mula berkuatkuasa 1 Januari 2020.
Perkara seperti adanya RUU ICPMC dan cukai digital baharu akan memberikan kesan terhadap bagaimana kerajaan akan membelanjakan wang, dan mengutip wang.
Pastikan anda kaji bagaimana perkara seperti ini akan mengimpak belanjawan 2020 dan tentukan samada ia akan memberi kesan negatif terhadap anda.
KETIGA: PAS-UMNO
Ini merupakan kali pertama UMNO dan PAS bergabung di parlimen. Adakah gabungan Penyatuan Ummah ini akan memperkenalkan kembali Cukai GST dalam belanjawan alternatif mereka?
KEEMPAT: PELANCONGAN AKAN TERIMA PELBAGAI MANFAAT?
CGS-CIMB menganggarkan bahawa industri pelancongan akan mendapat pelbagai faedah susulan pembentangan belanjawan kali ini.
Selain itu, CGS-CIMB juga mengatakan bahawa sektor pembuatan, tech, agrobusines, dan lain-lain lagi juga mungkin mendapat pelbagai faedah seperti pemotongan cukai, geran lebihan, dan sebagainya.
Saksikan Belanjawan 2020 untuk mengetahui lebih lanjut apakah perincian sebenar bajet tahun ini.