Artikel

Seminggu Sebelum Belanjawan 2020, CGS-CIMB Ramal 80% Kemungkinan Pasaran Saham Akan Naik Minggu Ini

CGS-CIMB berkata, melalui sebuah Nota Pelaburan yang dikeluarkan pagi Isnin 8 Oktober, bahawa lazimnya, pengumuman Belanjawan akan menyebabkan pasaran naik.

Aliran bagi 10 tahun sebelum ini, menunjukkan bahawa perkara ini ternyata benar.

Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng akan membentangkan Belanjawan 2020 pada 11 Oktober 2019.

Seperti biasa, kerajaan dijangka akan berikan beberapa ‘buah tangan’ kepada rakyat susulan pembentangan bajet ini.

Menurut CGS-CIMB, ‘buah-buah tangan’ ini akan menjadi pemangkin mengapa pasaran akan diramalkan untuk meningkat pada minggu ini.

Selama sepuluh tahun kebelakangan ini, CGS-CIMB berkata lazimnya seminggu sebelum pembentangan bajet, terdapat 80% kemungkinan pasaran akan meningkat dengan kadar purata sebanyak 0.5%.

Namun demikian, CGS-CIMB berkata pasaran akan susut sebaik sahaja bajet dibentangkan, dengan kadar purata sebanyak negatif 0.2% seminggu selepas pembentangan.