Artikel

Graduan, Kakitangan Kerajaan – Kini Mempunyai Program Pinjaman Kereta Khas Keluaran Proton Dan Bank Rakyat

Perusahaan Otomobil Nasional (Proton) telah berganding dengan Bank Rakyat untuk berikan pakej baharu khas untuk para graduan dan kakitangan kerajaan.

Pakej ini ada dua kategori:

  • An-Naqlu 1 – Memberi pembiayaan sehingga 90% dengan kadar faedah 2.88% setahun, dan
  • An-Naqlu 2 – Memberi pembiayaan sehingga 100% dengan kadar faedah 3.30% setahun

Pakej ini akan berlansung sehingga 31 Disember 2019 dan hanya untuk model-model tertentu Proton sahaja.

Pakej ini ditujukan khas kepada graduan baharu, berumur diantara 20 dan 30 tahun, dan untuk kakitangan kerajaan berumur diantara 18 dan 60 tahun, untuk pembelian kereta Proton Persona, Iriz, Exora, dan Saga.

Proton juga menawarkan beberapa kelebihan untuk pakej ini, termasuk servis percuma sehingga dua tahun, dan lain-lain lagi.