Artikel

Penarafan Press Metal Susut Dari ‘Stabil’ ke ‘Negatif’ Oleh Moody’s

Pusat penarafan Moody’s Investors Services telah menurunkan status taraf Press Metal dari ‘stabil’ ke ‘negatif’.

Antara sebab mengapa Moody’s mempunyai pandangan negatif terhadap Press Metal adalah kerana syarikat ini akan mengambil hutang yang lebih tinggi untuk membayar pengembangan kapasiti smelting mereka.

“Kami sedar dalam tempoh 12-18 bulan, Press Metal akan mengembangkan pelaburan mereka dalam kapasiti smelting. Namun demikian, syarikat ini dijangka akan menggunakan hutang sebagai cara untuk membayar pelaburan ini. Digabung dengan harga rendah aluminium di pasaran, profil kewangan Press Metal akan menjadi lemah untuk tempoh 12-18 bulan ini,” kata Nidhi Dhruv, Naib Presiden Moody’s.

Moody’s menjangkakan nisbah pinjaman berkala (adjusted leverage) untuk Press Metal akan meningkat ke 3.5x untuk 2020, sebelum ia diperkukuhkan ke 3.2x hingga 3.3x untuk 2021 apabila kapasiti tambahan ini mula beroperasi.

Press Metal telah umum sebelum ini bahawa kapasiti tambahan di Bintulu akan menambahkan sebanyak 320,000 tan metrik smelting menggunakan 500 mega watt dalam sebuah perjanjian tenaga baharu selama 15 tahun dengan Sarawak Energy.

Press Metal juga membeli 25% saham PT Bintan Aluminum Indonesia (PT BAI) untuk membina sebuah tapak refineri di Indonesia.

Perbelanjaan Modal (CAPEX) Press Metal dijangka akan mencecah RM1.2 bil (AS$300 juta) diantara tahun 2019 dan 2021.