Maxis menandatangani perjanjian dengan Huawei untuk menyediakan perkhidmatan 5G.
Syarikat ini mendakwa mereka merupakan telco pertama yang membawakan 4G ke Malaysia, dan kini akan menjadi syarikat pertama yang akan membawakan 5G ke Malaysia.
Perjanjian dengan Huawei ditandatangani di hadapan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad serta beberapa orang kenamaan termasuk Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Al-Ishsal Ishak.
Namun begitu, isu spektrum terus menjadi tanda tanya bagi industri ini kerana MCMC masih belum mengeluarkan kata rasmi dalam bagaimana spektrum 5G akan diagihkan kepada para pemain industri ini.
Maxis telah menyatakan bahawa mereka sedia untuk melancarkan 5G sebaik sahaja spektrum yang diperlukan diagihkan.
Maxis berkata, mereka ‘dapat percepatkan pelancaran perkhidmatan 5G apabila spektrum diagihkan kelak’.
MCMC tidak menyatakan bila pengagihan spektrum 5G akan dilakukan.