Artikel

Grab Terkejut Didenda MyCC, Mereka Akur Dengan Akta Persaingan

Grab telah mengeluarkan sebuah kenyataan berhubung kes mereka akan dikenakan denda RM86.77 juta oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC).

Berikut kenyataan Grab:

“Kami terus berpegang kepada pandangan dimana kami telah akur dan mematuhi sepenuhnya Akta Persaingan 2010 (Competition Act 2010). Kami terkejut dengan Cadangan Keputusan yang kami terima pagi ini. Sementara wakil-wakil guaman kami terus meneliti Cadangan Keputusan ini, kami yakin adalah perkara biasa untuk mana-mana perniagaan untuk menentukan ketersediaan dan jenis iklan pihak ketiga akan mengiklankan produk dan khidmat mereka di mana-mana platform, mengikut keperluan dan maklum balas pengguna. Kami akan memberikan jawapan bertulis kepada MyCC menjelang 27 November 2019,”

Kenyataan tersebut diberikan kepada media susulan tindakan MyCC untuk mengenakan denda kepada Grab pada pagi Khamis, 3 Oktober 2019.