Artikel

MyCC Syorkan Grab Didenda RM86 Juta Atas Kesalahan Persaingan

Suruhanjaya Persaingan Malaysia (Malaysia Competition Commission, atau MyCC) dilaporkan telah mengesyorkan suatu denda kepada Grab atas kesalahan persaingan.

Denda yang dilaporkan adalah sebanyak RM86 juta.

MyCC mendakwa Grab menyalahgunakan kedudukan dominannya melalui pengenaan beberapa klausa dan terma.

Grab didakwa membataskan pemandu-pemandunya daripada mempromosikan dan menyediakan perkhidmatan pengiklanan kepada pesaing-pesaing Grab dalam perkhidmatan e-hailing dan pasaran pengiklanan media transit.

MyCC berkata sejak penggabungan Grab dan Uber pada Mac 2018, terdapat banyak aduan terhadap syarikat itu dan memaksa MyCC menjalankan siasatan.