Artikel

Serba Dinamik CEO Cetuskan Tawaran Am Mandatori Di Kumpulan Powernet

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Serba Dinamik Holdings Berhad, Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah telah meningkatkan pegangan saham beliau di Kumpulan Powernet Berhad (KPB) dari 20% ke 36%.

Beliau melakukan demikian menerusi pelbagai pembelian lansung dan tidak-lansung sepanjang minggu ini.

Ini telah mengakibatkan Tawaran Am Mandatori (Mandatory General Offer atau MGO) dicetuskan untuk saham-saham yang beliau tidak memiliki dalam KPB.

Ini adalah kali kedua Karim mencetuskan MGO, susulan pembelian saham oleh beliau di Sarawak Consolidated Industries Berhad (SCIB) setelah laporan mendapati beliau adalah pemilik saham terbesar di syarikat itu dengan pegangan sebanyak 43%.

Untuk SCIB, susulan MGO tercetus, beliau meningkatkan pegangan di syarikat itu dengan pegangan saham sebanyak 50.49%. Beliau kini merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah SCIB.

Untuk KPB, beliau telah melangkau ambang 33% pemegangan saham untuk mencetuskan MGO. 

KPB adalah sebuah syarikat yang mengeluarkan produk sampul fabrik dan hartanah.

Satu notis MGO telah dihantar oleh RHB Investment Bank untuk pihak Karim dan difail ke Bursa Malaysia minggu ini. Notis ini terkandung beberapa pelan urustadbir syarikat KPB, diantaranya termasuk pelan untuk meneruskan KPB terus disenarai di Bursa Malaysia.

Lembaga KPB dilaporkan akan mengadakan mesyuarat khas untuk tentukan hala tuju syarikat ini dalam jangka masa terdekat.

Pegangan syarikat-syarikat milik Karim termasuk Serba Dinamik, SCIB, dan KPB akan membentuk suatu konglomerat yang khusus dalam bidang pembuatan dan pengedaran.