Pusat penyelidikan Maybank IB Research menjangkakan bahawa mereka tidak menolak kemungkinan cukai untuk agensi nombor ramalan akan dinaikkan dalam Belanjawan 2020 ini.
Maybank berkata setiap 1 mata peratus yang akan dinaikkan, ia akan menyebabkan sehingga 7 peratus perubahan kepada jangkaan keuntungan setiap saham (EPS) kepada syarikat nombor ramalan.
Maybank turut menjangkakan cara agensi nombor ramalan akan mengurangkan risiko kenaikan cukai adalah dengan mengurangkan pembayaran kemenangan kepada pembeli nombor ramalan ini.
BToto dan Magnum adalah dua syarikat besar yang akan terkesan jika cukai nombor ramalan dinaikkan.
Maybank berkata kedua-dua Magnum dan BToto mendapat hasil yang tinggi dalam tahun 2019, setelah mengalami penyusutan pendapatan selama sedekad lalu.
Kerajaan telah umum sebelum ini usaha untuk perketatkan penguatkuasaan industri nombor ramalan adalah untuk meningkatkan cukai pendapatan dari industri ini.
Setakat suku ketiga tahun ini, industri nombor ramalan tumbuh 5 peratus untuk tahun ini berbanding tahun sebelumnya.