Artikel

MRT Corp Sahkan Pelantikan Jawatan CFO Shahrul Fadli

Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) telah lantik Shahrul Fadli Omar sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO) bermula pada 1 Oktober 2019.

Shahrul Fadli, yang merupakan pemangku Ketua Pegawai Kewangan sejak 1 Januari 2019 selepas peletakan jawatan Dato’ Mohd Hairul Abdul Hamid, telah bersama syarikat sejak Julai 2013.

Sebelum menyertai MRT Corp sebagai Ketua Operasi Kewangan, Shahrul Fadli merupakan Pengurus Kanan Kewangan Prokhas Sdn Bhd, sebuah organisasi milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan yang mengurus dan memaksimakan nilai pemulihan lebihan aset Danaharta dan anak syarikat Kementerian Kewangan Diperbadankan yang lain. 

Semasa di sana, beliau telah terlibat dengan Projek MRT Lembah Klang di mana beliau membantu operasi kewangan MRT Corp semasa ia disalurkan (outsourced) kepada Prokhas.

Semasa mengucapkan tahniah kepada Shahrul Fadli atas pelantikan beliau, Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Encik Abdul Yazid Kassim berkata beliau adalah calon yang tepat untuk jawatan tersebut, memandangkan beliau telah berkhidmat bersama projek ini sejak dari peringkat awal lagi.

“Pengalaman Shahrul Fadli yang meluas dengan Projek Lembah Klang sangat diperlukan memandangkan projek ini sedang melalui proses rasionalisasi kos,” kata Abdul Yazid.

Shahrul Fadli tidak asing dengan industri pengangkutan awam apabila beliau menyertai MRT Corp dan Prokhas kerana sebelum itu, beliau telah berkhidmat sebagai Ketua Kewangan Syarikat Prasarana Negara Berhad (kini dikenali sebagai Prasarana Malaysia Berhad atau Prasarana) antara 2005 dan 2011.

Shahrul Fadli memperolehi Sarjana Muda Kawalan Pengurusan dari Sheffield Hallam University, United Kingdom pada 1999 dan menamatkan Diploma Korporat dalam Pengangkutan Awam dari Institut Pengangkutan Malaysia pada 2009. Beliau merupakan ahli Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun dan Institut Akauntan Malaysia.