Percubaan Peralihan Media Prima Pada Platform Digital

Written by Liyana · 25 sec read

Baru-baru ini, Media Prima Berhad telah mula mengfokuskan operasi mereka dalam platform perniagaan digital. Media Prima juga turut ingin tampil sebagai antara peneraju kandungan digital media buat isu semasa tempatan.

Datuk Kamal Khalid – Pengurus Urusan Kumpulan, menyifatkan tumpuan perancangan Media Prima ke arah pendigitalan ini adalah suatu tuntutan. Di mana ia adalah sebahagian daripada keperluan selaku pengamal media untuk memenuhi permintaan dan pasaran tempatan.

Sebelum ini, operasi Media Prima lebih dikenali sebagai pengamal media tradisional. Oleh itu, pihaknya ingin menyahut cabaran untuk beralih kepada pendigitalan – kandungan media atas talian. Sekali gus dapat memenuhi permintaan pembaca dan pengguna aktif mereka.

Malah, melalui peralihan pemaparan kandungan media ini dapat menberikan Media Prima nafas baharu selaku peneraju media tempatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *