Artikel

Citi, Lazada Lancar Kad Kredit e-Dagang Pertama Asia Tenggara Di Malaysia

Citi dan Kumpulan Lazada hari ini telah mula memperkenalkan kad kredit e-dagang pertama iaitu Lazada Citi. Apa yang menarik, pelancaran kad kredit ini telah dilancarkan di Malaysia dan merupakan yang pertama bagi pasaran Asia Tenggara.

Melalui pengamatan aliran penggunaan kad kredit pada sektor e-dagang. Citi dan Lazada menyasarkan lebih 500,000 permohonan kad baharu pada rantau ini. 

Bertemakan Play it Up – pemegang kad ini boleh menikmati mata ganjaran yang tinggi bagi pembelian di Lazada dengan 10 kali mata ganjaran untuk tambah nilai pada dompet digital Lazada. 

Pengguna juga boleh menikmati cashback sehingga 20% untuk tambah nilai pada dompet digital Lazada dan menerusi penggunaan mata ganjaran, pengguna dapat melakukan penjimatan sewaktu membeli-belah. 

Pengguna juga akan beroleh 1000 bonus mata ganjaran dengan perbelanjaan runcit minimum RM1,500 bagi setiap penyata bulanan.

Selepas ini, Lazada Citi akan diperkenalkan ke pasaran rantau Asia Tenggara dalam tempoh enam bulan akan datang.