Artikel

Barangan Import Malaysia Antara Yang Disekat Oleh AS

Syarikat yang dikenakan tindakan adalah WRP Asia Pacific Sdn. Bhd. di mana pihak berkuasa AS kata ia dibuat menggunakan tenaga buruh paksaan.

AS telah mengharamkan pengimportan barangan sarung getah buatan Malaysia kerana dikhuatiri dibuat menggunakan tenaga kerja kanak-kanak.

Selain Malaysia, barangan baju dari China, dan diamond dari Zimbabwe turut dikenakan pengharaman import di atas sebab yang sama.

Jabatan Kastam dan Sempadan AS (CBP) berkata, mereka telah menahan lima produk berbeza minggu ini kerana mendapat maklumat ia dibuat menggunakan tenaga kerja paksaan kanak-kanak.

Diantaranya, emas yang dilombong di Congo, barangan tulang haiwan dari Brazil, selain barangan dari China, Zimbabwe, dan juga Malaysia.

Di bawah undang-undang AS 2016, negara itu dilarang mengimport barangan yang menggunakan tenaga kerja paksaan. Ini termasuk tenaga kerja buruh dari banduan, dan kanak-kanak.