Artikel

SPRM Akan Mendakwa Dato’ Zahrah Abd Wahab Fenner

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mendapat izin untuk mendakwa Dato’ Zahrah Abd Wahab Fenner daripada Peguam Negara.

SPRM turut akan mendakwa anak beliau, Abdulazeez Wan Ruslan. 

Zahrah merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Kedua-dua Zahrah dan Abdulazeez akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 2 Oktober 2019.

Sebelum pelantikan Zahrah sebagai CEO SSM pada 1 Januari 2015, beliau merupakan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perkhidmatan DCEO) SSM,  jawatan yang dipegang sejak penubuhan SSM pada tahun 2002. Semasa berkhidmat sebagai DCEO (Perkhidmatan), portfolionya terdiri daripada Bahagian Pembangunan dan Dasar Korporat, Bahagian Sumber Korporat, Komunikasi & Teknologi Maklumat, Bahagian Pematuhan, Akademi Latihan SSM (COMTRAC) dan Bahagian Komunikasi Korporat.

Beliau memiliki kelulusan dalam Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) adalah ahli Institut Akauntan Malaysia (MIA) dan merupakan Akauntan Berkanun (CA).

Turut difahamkan kedua-dua individu ini telah dipanggil ke Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya pada pukul 2 petang tadi bagi melengkapkan proses akhir siasatan dan pendakwaan tersebut.