Artikel

Gaji Bulanan Bekas CEO 1MDB Adalah RM99,000, Bonus 18 Bulan RM1.78 Juta

Bekas CEO 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi mendakwa dalam mahkamah, bahawa gaji terakhir yang beliau terima selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) adalah RM99,000 sebulan.

Selain itu, beliau mendapat elaun lembaga pengarah sebanyak RM178,000 sebulan.

Shahrol juga mendakwa bahawa bonus gaji beliau adalah 18 bulan gaji asas, yang berjumlah RM1,782,000. 

Bekas CEO 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi adalah CEO sebelum Arul Kanda dilantik menggantikan beliau.

Gaji permulaan Shahrol, semasa baharu sahaja dilantik di 1MDB adalah RM80,000 sebulan.

Najib Tun Razak menghadapi 25 tuduhan kesemuanya. Empat untuk salah guna kuasa, sehingga menerima RM2.3bil; Dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram bernilai sama dengan angka di atas.

Jika disabit kesalahan, Najib mungkin dipenjara 20 tahun, atau didenda sehingga lima kali nilai suapan. 

Perbicaraan 1MDB ini berterusan hari Isnin 7 Oktober dihadapan Hakim Mahkamah Tinggi Justice Collin Lawrence Sequerah.