Artikel

Pengeluaran Tempatan PPI Susut 1.9% Ogos 2019 Berbanding Ogos 2018

Indeks Harga Pengeluaran Tempatan (Producer Price Index, atau PPI) susut 1.9 peratus bagi bulan Ogos 2019 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya.

Ini bermakna, dalam tempoh setahun sejak bulan Ogos tahun lalu, pengeluar tempatan telah menerima 1.9 peratus tempahan yang lebih rendah tahun ini berbanding tahun lalu.

Jabatan Statistik Malaysia (JSM) berkata, Indeks Perlombongan merosot 10.9 peratus, diikuti oleh Bekalan Air (-2.6%), Indeks Pembuatan (-1.0%) dan Indeks Pertanian, Perhutanan dan Penangkapan (-0.9%). 

Sementara itu, Indeks Elektrik dan Bekalan Gas naik 2.2 peratus.

Berbanding dengan bulan sebelumnya, pengeluaran tempatan PPI meningkat 0.2 peratus pada Ogos 2019. 

Indeks Pertanian, Perhutanan dan Penangkapan mencatatkan kadar pertumbuhan tertinggi pada 5.2 peratus, diikuti oleh Elektrik & bekalan gas (0.4%) dan Indeks Bekalan Air (0.2%). 

Sebaliknya, Indeks Perlombongan menurun 2.0 peratus sementara Indeks Pembuatan tidak berubah.

Selain itu, JSM turut berkongsikan data PPI dari beberapa buah negara sebagai berbandingan, antaranya China (-0.8%), Thailand (-1.7%), Britain (1.6%), AS (1.8%), Korea Selatan (-0.6%) dan Taiwan (-3.4%).