Kerajaan akan menggunakan bil elektrik sebagai kayu ukur untuk tentukan siapa yang akan menerima subsidi petrol RON95.
Perkara ini diumumkan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, YB Chong Chieng Jen minggu lepas, dan dilaporkan oleh akhbar Sin Chiew Daily.
Chong berkata, keluarga yang berada pada kategori B40, dengan bil elektrik diantara RM100 dan RM200 sebulan akan menerima subsidi petrol RON95 ini.
Mekanisma ini tidak menjelaskan bagaimana jika golongan M40 dan T20 akan menerima atau tidak, subsidi RON95, walaupun bil mereka berada pada lingkungan diantara RM100 dan RM200.
Chong menyatakan bahawa mekanisma ini akan dibentangkan ke Kabinet dalam bulan Oktober.
Menurut Chong, jumlah subsidi yang akan diberikan adalah RM30 sebulan, atau 30 sen setiap liter RON95 (terhad kepada 100 liter sebulan).
Penunggang motosikal akan perolehi RM12 subsidi setiap bulan.
Kesemua subsidi ini akan diberikan terus dari kerajaan ke pengguna, melalui akaun bank.