Menjelang 2038, ramalan angkatan pesawat penumpang dan kapal pengangkut dunia dijangka bertambah sehingga hampir 39,000. Perihal ini berikutan peningkatan pada carta aliran lalu lintas udara yang meningkat 4.3% bagi setiap tahun. Malah, jangkaan ini turut didorong oleh keperluan 550,000 juruterbang baharu dan 640,000 juruteknik baharu.
Menerusi kemaskini pada pesawat bahan api A220, A320neo, A330neo dan A350 – Airbus percaya ia akan menyumbang kepada penyahkarbonan progresif industri pengangkutan udara dan tujuan neutral karbon pertumbuhan dari tahun 2020 ini adalah disamping dapat menghubungkan lebih ramai lagi individu di seluruh dunia.
Menurut Global Airbus, ramalan bagi pasaran ini akan meningkat pada tempoh 2019-2038 – di mana peningkatan bada segmen baharu ini memerlukan 39,210 pesawat baharu yang terdiri daripada pesawat 29,720 Kecil (S ), 5,370 Sederhana (M) dan 4,120 Besar (L).
Jumlah ini merangkumi 25,000 pesawat adalah untuk pertumbuhan, manakala 14,210 pesawat pula adalah untuk menggantikan model lama dengan yang lebih baru bagi menawarkan kecekapan yang lebih baik. Lalu lintas udara dilihat semakin meningkat peranannya dalam memainkan fungsi penting seperti menghubungkan kedudukan pusat-pusat penduduk yang besar.
Kini, kira-kira satu perempat daripada penduduk bandar di dunia bertanggungjawab untuk lebih daripada satu perempat daripada KDNK global, dan kedua-duanya adalah pemacu pertumbuhan utama, Aviation Mega Bandar (AMCs). AMC akan terus menguasai rangkaian penerbangan global.
Christian Scherer, Ketua Pegawai Komersial Airbus dan Ketua Airbus Antarabangsa menyifatkan pertumbuhan tahunan sebanyal 4% ini jelas memberi cerminan daya tahan arena penerbangan dalam menghadapi situasi yang sukar seperti konflik ekonomi dan gangguan geo-politik.
Beliau turut menyatakan pada peringkat global ini, penerbangan komersial telah merangsang pertumbuhan KDNK dan menyokong hampir 65 juta pengguna, ini menunjukkan manfaat besar yang dimiliki oleh perniagaan udara untuk semua masyarakat dan perdagangan global.