Shopee melaporkan bahawa industri e-dagang bakal catat pertumbuhan kukuh buat separuh tahun kedua 2019.
Shopee melaporkan bahawa lazimnya, separuh pertama tahun lebih perlahan dalam jualan e-dagang. Hal ini kerana, menurut mereka, aktiviti membeli-belah telah meningkat menjelang akhir tahun.
Bagaimanapun, Shopee mencatatkan prestasi memberangsangkan dalam semua sektor perniagaan mereka pada separuh tahun pertama 2019. Ini disokong oleh aktiviti membeli-belah lebih tinggi, terutamanya pada Tahun Baru Cina dan Hari Raya.
Shopee juga mencatatkan peningkatan lebih 3 kali ganda berbanding tahun lalu pada musim perayaan tahun ini.
Antara pencapaian penting pada musim Raya 2019 termasuk:
- ILHAMIC RESOURCES, penjual Shopee dari Kelantan yang dulu mencatatkan jualan serunding hanya RM7 sebulan telah menjana perolehan purata RM3,000 semasa Ramadan.
- HAFYA FELLA, penjual busana Muslim yang dulu mencatatkan jualan RM450 sebulan mencapai peningkatan 77 kali ganda dalam jualan dengan meraih hasil bulanan RM36,000 di Shopee sahaja.
- DOMINO’S PIZZA menjual kesemua 500 piza saiz biasa dalam masa 5 minit.
Menurut Shopee, untuk catatan separuh tahun kedua ini, pertumbuhan mendadak dijangka akan berlaku. Malah berdasarkan unjuran jualan yang telah berlaku pada separuh tahun pertama sebelum ini.