Artikel

Skim Air Darul Ehsan Akan Dikuatkuasakan Bermula 1 Mac 2020

Bermula 1 Mac 2020 ini, Kerajaan Selangor akan mula menguatkuasakan penjenamaan Program Pemberian Air Percuma kepada Skim Air Darul Ehsan. Kenyataan ini telah diberikan oleh Menteri Besar Selangor – Amirudin Shari, rentetan melihat daripada peningkatan angka penduduk Selangor bagi setiap tahun. 

Sejumlah RM1.8 bilion dibelanjakan bagi pelaksanaan Program Pemberian Air Percuma ini pada 2018. Seterusnya kos perbelanjaan program ini dijangka terus meningkat sehingga RM220 juta.

Sasaran pengguna Skim Air Darul Ehsan ini adalah pengguna yang memiliki meter individu. Ia meliputi kumpulan penduduk yang berpendapatan isi rumah sebanyak RM4,000 dan ke bawah.

Bagi penghuni yang menetap di pangsapuri kos rendah pula, yang menggunakan meter pukal – turut dikenakan syarat yang sama, namun setiap pengguna yang membuat permohonan perlulah mendapatkan pengesahan dari Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan (MC).

Turut difaham pendaftaran bagi Skim Air Darul Ehsan ini akan bermula pada 30 September sehingga 31 Disember 2019, perlihal ini untuk memberi ruang ke atas semakan kesemua data pemohon serta pengesahan pemohon yang layak melalui semakan silang dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Status bagi permohonan selewat-lewatnya akan dikethui pada penghujung Februari 2020.

Amirudin turut menyatakan buat kesemua pemegang akaun bagi Program Pemberian Air Percuma 20 meter (berjumlah 1.6 juta pemegang akaun) akan terus kekal menikmati rebat tersebut sehingga 29 Feb 2020.

Untuk sebarang permohonan, pengguna boleh memuat turun pada laman sesawang www.airselangor.com, atau emel kepada [email protected]  pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd dan merujuk mana-mana Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) di seluruh Selangor.