Artikel

MIDA: Malaysia Tuan Rumah Bagi Dialog Peringkat Tinggi Ekonomi ASEAN-Itali Menjelang Jun 2020 Ini

Bermula Jun 2020, menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) – Malaysia dipilih sebagai tuan rumah bagi persidangan Dialog Peringkat Tinggi untuk Hubungan Ekonomi ASEAN-Itali 2020 akan datang.

Dialog peringkat tinggi ini dilihat berfungsi untuk mengetahui pendapat dan idea dari para pemimpin ekonomi ASEAN bagi membincangkan isu inovatif pada rantau ini.

Menerusi kenyataan yang sama, MIDA akan berkerjasama dengan The European House-Ambrosetti dan Persatuan Itali-ASEAN selaku penganjur untuk dialog tersebut. 

MIDA turut berkongsikan, pada ketika ini Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Darell Leiking sedang melakukan lawatan kerja bagi bertemu dengan pelabur berpotensi untuk sektor automotif, aeroangkasa dan berkenaan Industri 4.0. 

Darell juga dikatakan akan bertemu dengan Enrico Letta – Presiden Persatuan Itali-ASEAN serta wakil daripada The European House-Ambrosetti bagi perbincangan lanjut berkenaan penganjuran dialog tersebut.