Artikel

Fenomena 5G: Syarikat Telekomunikasi Perlu Lebih Berani

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyarankan pihak telekomunikasi untuk mengubah persepsi mereka ke atas peralihan fenomena 5G.

Perihal ini disebabkan masih ada sesetengah syarikat telekominukasi yang meragui dan berhati-hati akan pelaksanaan 5G ini.

Al-Ishal, Pengerusi SKMM berpendapat terdapat pelbagai potensi yang boleh dilihat oleh syarikat telekomunikasi. Segala tanggapan perlu diubah untuk menerajui perluasan 5G tersebut. 

“Penggiat industri ketika itu berkata ia terlalu awal dan kenapa kami perlu menjadi yang pertama”.

Beliau turut mengaitkan perubahan persepsi ini seakan sama dengan pembabitan internet suatu ketika dulu, di mana masih ramai pihak tidak memahami fungsi sebenar internet. Namun, kini penggunaannya sudah diguna pakai secara meluas dan diterima baik.

Kenyataan ini telah dikongsikan pada acara perbincangan Perkara Yang Betul: Infrastruktur Untuk Masa Depan Digital. Antara panel yang terlibat adalah daripada Axiata Ltd, Boston Consulting Group, dan edotco Group.