Artikel

Oktober 2019: Projek Demonstrasi 5G Akan Mula Diperluaskan

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo – projek demonstrasi 5G yang dilancarkan bulan April lalu akan diperluaskan ke seluruh negara, mulai bulan hadapan..

“Komitmen awal Malaysia untuk 5G, akan meletakkan negara ini sebagai salah satu pemimpin penerapan 5G di dunia,” katanya.

Kementerian juga meningkatkan ketersediaan dan akses kepada infrastruktur digital, yang menjadi asas kepada Pelan Gentian Optik Dan Kesalinghubungan Negara (NFCP).

NFCP, yang dilancarkan baru-baru ini dengan kos RM21.6 bilion untuk tempoh lima tahun (2019-2023), dijangka mewujudkan 20,000 peluang pekerjaan, termasuk di kawasan luar bandar, dalam pembinaan, operasi dan penyelenggaraan infrastruktur digital.

Turut dimaklumkan, kementerian juga sedang menjalankan kajian untuk ID Digital Kebangsaan.

Anggaran bagi pelaksanaan ID Digital Kebangsaan akan menyediakan sistem pengesahan yang boleh dipercayai dan platform enablement penting dalam penyediaan perkhidmatan digital yang dipercayai.

Menerusi pelaksanaan inisiatif baru ini akan melindungi data peribadi pengguna melalui perkhidmatan dalam talian pada bila-bila masa.