Artikel

SC Daftar EdgeProp Selaku Pengendali Biaya-Sama Hartanah Pertama

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengumumkan bahawa ia telah mendaftarkan EdgeProp Sdn Bhd (EdgeProp) sebagai Pengendali Pasaran yang diiktiraf yang pertama untuk menubuhkan dan mengendalikan platform biaya-sama hartanah (property crowd funding atau PCF) di Malaysia. Berikutan semakan kepada Garis Panduan Pasaran yang diiktiraf SC pada Mei 2019. 

EdgeProp telah diberikan kelulusan secara prinsip pada September 2019. 

PCF merupakan satu inisiatif yang diumumkan dalam Belanjawan 2019 untuk menyediakan saluran pembiayaan alternatif bagi pembeli rumah kali pertama melalui skim pembiayaan-sama hartanah. Platform ini turut menawarkan potensi yang sama seperti platform pembiayaan ECF dan P2P dalam menyediakan sumber pembiayaan alternatif tetapi secara khusus disesuaikan kepada pembeli rumah kali pertama. 

Pada masa yang sama ia menyediakan pelabur akses kepada pilihan pelaburan baharu. 

SC ingin mengingatkan bahawa adalah menjadi satu kesalahan di bawah undang-undang sekuriti untuk mengendalikan platform PCF tanpa kebenaran daripada SC. Mana-mana individu yang didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM10 juta atau dipenjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya. 

Orang ramai boleh melayari laman sesawang SC untuk mendapatkan senarai terkini Pengendali Pasaran yang diiktiraf.