Artikel

Tan Hooi Ling Antara Yang Disenarai Dalam Power Businesswomen Asia 2019

Forbes semalam telah mengumumkan senarai Power Businesswomen Asia 2019, dengan menampilkan 25 wanita yang berprestij dalam arena perniagaan.

Antara yang tersenarai adalah Ketua Pegawai Operasi,  Aplikasi Swapandu Grab iaitu Tan Hooi Ling.

Forbes Asia menyifatkan wanita memainkan peranan yang penting dalam membentuk lanskap perniagaan di Asia. Menerusi pemaparan pencapaian yang dilakukan sekali gus dapat memberi insipirasi kepada generasi akan datang untuk tampil dengan imej berjaya.

Antara pencapaian Tan bersama Pengasas bersama Anthony Tan, adalah Grab telah berjaya meningkatkan lebih daripada AS$ 9 bilion sejak pelancaran tahun 2012.

Selaku Ketua Pegawai Oeprasi, tumpuan Tan pada pasaran Grab dilihat semakin meningkat di lapan buah negara dan 336 bandar di mana syarikat itu beroperasi. Malah dijangka, pasaran aplikasi swapandu ini akan tersu meningkat dari semasa ke semasa. Pengiktirafan ini sekali gus memberi galakan kepada warga startup Malaysia untuk terus maju.