Maxis, AmBank – Jalin Kerjasama Bagi Membantu PKS Pada Platform Penyelesaian Digital

Written by Liyana · 25 sec read

Maxis telah memeterai satu perkongsian kerjasama dengan AmBank untuk mengembangkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia.

Maxis dan AmBank akan bekerjasama untuk mewujudkan pelan penyelesaian digital untuk PKS yang akan membolehkan akses mudah kepada penyelesaian untuk keperluan kewangan dan teknologi mereka, di hujung jari melalui hab sehenti.

Penyelesaian yang diwujudkan sebagai sebahagian daripada perkongsian ini juga akan memberikan pengalaman yang lebih pantas, lebih lancar dengan sambungan Maxis ‘Always On’ dan melalui satu titik sentuhan.

Keseluruhannya, PKS boleh menjangkakan pengalaman dan nilai pelanggan digital yang lebih baik daripada tawaran bersama ini.

Kedua-dua pihak merasmikan perkongsian hari ini. Mewakili Kumpulan AmBank ialah Ketua Pegawai Eksekutifnya, YB Dato’ Sulaiman Mohd Tahir, manakala Maxis diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Gokhan Ogut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *