Artikel

KWSP Melancarkan i-Invest Bagi Inovasi Era Digitalisasi

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melancarkan inovasi terbaharu mereka iaitu i-Invest. Ini adalah salah satu inisiatif berterusan KWSP untuk menambah nilai kepada ahli mereka bagi era digitalisasi.

Inisiatif ini boleh diakses menerusi bahagian Ahli pada i-Akaun dengan membolehkan ahli untuk memindahkan sebahagian daripada simpanan Akaun 1 mereka untuk pelaburan pada dana unit amanah yang telah ditawarkan oleh Institusi Pengurusan Dana (IPD).

Tan Sri Samsudin Osman – Pengerusi KWSP mengatakan saluran i-Invest ini bukan sekadar membolehkan ahli menguruskan dana unit amanah mereka sendiri. Malah, ahli juga dapat menganalisa, menyemak dan melaksanakan sebarang transaksi secara talian. Sekali gus, memberikan peluang kepada ahli untuk meningkatkan literasi pelaburan mereka.

Apa yang menarik, versi beta i-Invest telah mula dilancarkan pada 19 Ogos lalu. Melalui tempoh sebulan, hampir 2,500 ahli KWSP telah membuat transaksi bernilai RM32 juta.

Semasa pelancaran juga, turut difahamkan i-Invest ini bakal memberi impak kepada lebih 2.3 juta ahli yang layak. Malah ketersediaan maklumat pelaburan pada platform ini dilihat selaras dengan Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2019-2023. 

KWSP juga berpendapat dengan galakkan kepada kalangan ahli, pihak mereka terlebih dahulu perlu menjadi fleksibiliti kepada ahli untuk menguruskan pelaburan mereka sendiri.