Artikel

Carro Suntik RM124 Juta Kepada myTukar Malaysia Bagi Peluasan Pasaran

Carro, pasaran dalam talian automotif Asia Tenggara telah mengumumkan pelaburan mereka sebanyak RM124 juta (AS$30 juta) pada platform pembidaan kereta Malaysia – myTukar. Pelaburan ini bertujuan untuk memperluaskan indsutri pengedar kereta terpakai tempatan.

Menerusi pelaburan strategik ini, teknologi Carro akan membolehkan myTukar mendigitalkan pengedaran kereta terpakai di seluruh Malaysia. Sekali gus dapat meningkatkan penjualan kereta dan membantu perkembangan perniagaan.

Selain itu, penglibatan Carro pada pasaran Malaysia adalah langkah baharu utnuk menghubungkan platform ini dengan penjual swasta melalui saluran e-dagang. Secara tidak langsung mampu meningkatkan hasil pendapatan indsutri ini.

Aaron Tan, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Carro “Menerusi myTukar kami merancang untuk bekerja dengan beribu-ribu pengedar di seluruh Malaysia bagi menjadi pemangkin pertumbuhan pasaran kereta terpakai. Bagi beberapa tahun akan datang kami merancang untuk meningkatkan tiga kali ganda jumlah transaksi mereka sedia ada kepada lebih RM2 bilion (AS$500 juta).”

Malah, platform ini seterusnya akan membantu memudahkan proses pembidaan secara langsung antara lebih daripada 1,500 pengedar yang bekerjasama dengan myTukar di seluruh negara.