Artikel

Industri Video Asia Pasifik Dijangka Meningkat RM200 Bilion Menjelang 2024

Industri video dalam talian untuk Asia Pasifik disasarkan akan membesar sehingga RM110 bilion (AS$27 bilion) bagi tahun ini, menurut sebuah laporan Video Dalam Talian & Pengedaran Broadband Asia Pasifik terbitan Media Partners Asia (MPA).

Pertumbuhan ini adalah daripada penjualan iklan dan pendapatan langganan.

Ini adalah peningkatan sebanyak 24% tahun demi tahun dari 2018.

Pertumbuhan sektor ini diramalkan akan berkembang 13% kepada RM200 bilion (AS$50 bilion) menjelang tahun 2024.

China merupakan pasaran terbesar dalam pertumbuhan ini. Ekosistem negara itu dipacu oleh syarikat gergasi teknologi seperti Alibaba, Baidu, dan Tencent.

Untuk pasaran lain pula, Japan (1), Australia & New Zealand (2), India (3), Korea (4), Taiwan (5), dan Thailand (6) menggenapkan tujuh negara teratas bagi pertumbuhan industri video berbayar ini. 

Indonesia diramalkan akan mengatasi Thailand menjelang 2024.

Pendapatan dari industri video atas talian akan berkembang dari RM44 bilion (AS$11 bilion) di 2019 kepada RM80 bilion (AS$23 bilion) menjelang 2024, menurut kajian MPA.

Ini merupakan pertumbuhan sebanyak 16% bagi tempoh lima tahun akan datang.

Platform terbesar yang akan menumbang pendatapan tertinggi bagi video atas talian adalah YouTube (1), iQiyi (2), Tencent Video (3), Youku (4), ByteDance (5), Netflix (6), dan Amazon (7).