Artikel

Petronas Jana RM121 Bilion Bagi Pendapatan Separuh Pertama 2019

Syarikat petroleum nasional negara, Petronas mengumumkan pendapatan separa tahun pertama bagi 2019.

Bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini, Petronas meraih RM121.1 bil pendapatan. Ini adalah peningkatan sebanyak RM3.9 bil dari RM117.2 bil tempoh yang sama tahun lepas.

Peningkatan ini adalah kerana permintaan barangan petroleum yang semakin tinggi berbanding tahun lalu, termasuk produk LNG dan lain-lain lagi.

Terdapat keuntungan dari tukaran wang asing, terutamanya dolar Amerika berbanding ringgit.

Keuntungan selepas cukai (PAT) naik 9% ke RM28.9 bil, dari RM26.6 bil tempoh sama tahun lepas.

Keuntungan sebelum faedah, cukai, dan depresasi (EBITDA) adalah RM54.7 bil, meningkat 5% dari tahun lepas, sejajar dengan peningkatan PAT.

Jumlah aset naik ke RM664 bil pada 30 Jun 2019, berbanding dengan RM636.3 bil pada 31 Disember 2018.

Ekuiti pemilik tingkat RM381.5 bil pada 30 Jun 2019, berbanding RM380.5 bil pada 31 Disember 2018.