Artikel

UDA Lantik Salem Kailany Sebagai Ketua Eksekutif Baharu

UDA Holdings Berhad, sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) hari ini telah mengumumkan pelantikan Encik Sr. Mohd Salem Kailany sebagai Ketua Pegawai Eksekutif UDA yang baharu. Pelantikan ini mula berkuat kuasa pada hari ini, 20 September 2019.

Encik Sr. Mohd Salem Kailany memiliki 25 tahun pengalaman dalam Industri Hartanah dan berpengalaman luas dalam mengurus sebanyak 29 pembangunan bandar baharu.

Sebelum dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif UDA, beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif di PNB Development Sdn Berhad. Encik Sr. Mohd Salem Kailany juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Audit Lembaga Pengarah, Felcra Berhad serta Pengerusi Felcra Properties Sdn Bhd. 

Beliau berkelulusan Diploma Lanjutan dalam Pengurusan Harta dari Universiti Teknologi MARA. Beliau pernah mengikuti Senior Management Development Program di Harvard Business School Alumni Club of Malaysia dan Advance Management Program di Harvard Business School.