Artikel

Peralatan Boleh-Pakai Pintar Dijangka Meningkat Sehingga 54% Dengan Sasaran RM100 Bilion Menjelang 2024

Syarikat penyelidikan pasaran Euromonitor International telah menganalisa perkembangan berterusan industri elektronik pengguna global dalam webinarnya, “Pengguna Elektronik 2024: Aliran dan Peluang”.

Webinar (web seminar) telah membuat pemerhatian berkenaan pemacu utama landskap elektronik pengguna yang sedang berkembang. “Boleh-pakai pintar ini dijangka menjadi perkara besar yang akan datang, namun penjualannya gagal disemarakan, kesannya menyebabakan syarikat seperti TomTom mula keluar dari pasaran,” kata Loo Wee Teck, Ketua Elektronik Pengguna di Euromonitor International.

Boleh-pakai pintar ini berkembang daripada menjadi perkakasan penting pada telefon pintar untuk keupayaannya tersendiri. Transformasi ini akan mendorong penjualan aksesori pintar untuk mencecah RM100 bilion (AS$24 bilion) pada tahun 2024, manakala kemampuan yang boleh-pakai pintar ini dengan keupayaan pembayaran, yang pesat untuk para peruncit, akan mencatatkan jualan pembayaran berdekatan kepada RM300 bilion (AS$ 78 bilion) pada tahun 2023.

Jenama China, iaitu Huawei, Xiaomi dan Oppo telah menguasai hampir satu pertiga daripada jualan telefon pintar global pada 2019. Syarikat-syarikat ini telah menghancurkan imej produk murah dan buruk dari China dan memberi tumpuan kepada inovasi untuk bertahan daripada sebarang persaingan.

Syarikat-syarikat lain seperti Sony dan Huawei sedang menggerakkan rantaian nilai dan menyasarkan segmen premium. “Sony memberi tumpuan kepada TV berskala besar dan memanfaatkan kelebihan teknologinya dalam menawarkan kualiti gambar yang mendalam dan bunyi yang berkualiti tinggi,” tambah Loo Wee Teck, “sementara Huawei memperoleh kredibiliti dengan bekerjasama Leica, sebuah jenama terkemuka yang diiktiraf oleh jurugambar, dan kini telefon pintar perdananya berharga seperti Samsung dan iPhone. “

Dengan mempelbagaikan strategi mereka, syarikat-syarikat China dalam ruang elektronik pengguna global yang memiliki kedudukan dan beransur untuk mendapatkan tempat mereka pada podium dengan pemimpin global seperti Apple dan Samsung.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana landskap elektronik pengguna global akan terus maju, muat turun webinar percuma yang dikehendaki Euromonitor International di sini.