Apa yang sedang berlaku: Qatar Airways dilanda pergolakan dengan mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM2.6 bilion (AS$ 639 juta) bagi tahun ini hingga catatan bulan Mac 2019 lalu. Kerugian penerbangan itu, difahamkan menyalahkan pasaran utama disebabkan menutup ruang udara mereka untuk ke Doha.
Emiriah Arab Bersatu (UAE), merupakan pasaran utama bagi syarikat penerbangan Teluk, bersama dengan Arab Saudi, Bahrain dan Mesir, telah bersepakat untuk memboikot ekonomi Qatar sejak Jun 2017 lagi.
Kenapa ini penting: Mereka menuduh pihak Doha menghubungkan kumpulan ekstremis dengan Iran, iaitu pesaing pada rantau Asia Riyadh. Pihak ini mendakwa Qatar menafikan perihal tersebut dan telah menutup ruang udara, sempadan bagi pemasaran Qatar ke Doha.
Qatar Airways Group telah mencatatkan kerugian bersih sebanyak 2.3 bilion riyal Qatari (AS$ 639 juta) – disebabkan faktor kehilangan laluan pemasaran, kos bahan api yang lebih tinggi dan berlakunya turun naik pertukaran asing.
Apa selepas ini: Qatar Airways telah menambah 31 destinasi baharu. Strategi itu telah mula dilaksanakan sejak permulaan sekatan haram ke atas mereka berlangsung lagi. Pesawat syarikat penerbangan itu dilihat meningkat kepada 25 pesawat. Malah, pihaknya telah memiliki pesawat ke-250 pada bulan Mac 2019 lalu.
Syarikat penerbangan ini hanya kehilangan RM200 juta (AS$ 69 juta) dalam tempoh yang sama pada tahun 2018. Kerugian tersebut dicatat sebelum berlakunya krisis, kenaikan keuntungan bersih dicatat pada 22 peratus untuk tahun 2016-2017.