Artikel

Tony Fernandes Umum Letak Jawatan Lembaga Pengarah

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes mengumumkan bahawa beliau akan meletak jawatan dari kesemua lembaga pengarah yang disandang beliau, kecuali di AirAsia Group dan AirAsia X.

Pengumuman ini dibuat melalui laman twitter beliau petang Rabu.

Sebab yang diberikan adalah untuk mengetengahkan barisan lapisan pimpinan muda untuk maju kehadapan, menggantikan beliau dalam urusan pentadbiran.

Bulan lepas, AirAsia telah mengumumkan barisan kepimpinan baharu bagi memantapkan urus tadbir syarikat itu.

Dalam pada sama, AirAsia turut mengumumkan bahawa syarikat itu akan menjenamakan airasia.com sebagai satu jenama gaya hidup sejajar dengan permintaan pasaran.

Setakat ini, Tan Sri Tony merangkap CEO airasia.com, sebuah platform e-dagang berpaksi kepada gaya hidup masyarakat.

Dalam penukaran pentadbiran AirAsia, Aireen Omar telah dilantik menjadi Presiden Kumpulan AirAsia RedBeat Ventures dan juga akan meneraju bahagian pelaburan bersama syarikat itu.

Setakat laporan ini ditulis, AirAsia masih belum berikan notifikasi bertulis kepada Bursa Malaysia tentang peletakan jawatan lembaga pengarah, tetapi pasaran mengaggarkan mereka akan berikan notifikasi bertulis dalam jangka masa terdekat kepada Bursa Malaysia.

Pada jam 4.12 petang, saham AirAsia berada pada tahap RM1.78 setiap satu sen, dengan 4.30 juta saham didagang, manakala AirAsia X pada 17.5 sen dengan 1.04 juta saham bertukar tangan.