Artikel

RAM Holdings Umum Ketua Eksekutif Baharu

RAM Holdings Berhad mengumumkan dua perlantikan kanan yang baharu.

Chris Lee Wai Kit kini dilantik menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu RAM.

Chris mula bekerja dengan RAM pada 1993. Jawatan terakhir beliau sebelum menerima lantikan ini adalah sebagai CEO Ram Consultancy.

Promod Dass pula dilantik untuk dua jawatan baharu. Pertama, Promod dilantik menjadi Timbalan CEO RAM. Kedua, Promod juga dilantik menjadi CEO RAM Consultancy Sdn Bhd.

Promod mula bekerja dengan RAM pada tahun 2000. Beliau mengumpul lebih 23 tahun pengalaman dalam industri penarafan dan perkhidmatan kewangan.

RAM Consultancy diberi penjenamaan semula kepada RAM Sustainability Sdn Bhd (RAM Sustainability).

RAM Sustainability adalah badan yang menerbitkan laporan penarafan kelestarian (sustainability ratings) untuk RAM.