Artikel

HSBC Melancarkan Platform Pembiayaan Bekalan Rantaian HSCF

HSBC Malaysia mengumumkan pelancaran platform Pembiayaan Bekalan Rantaian HSBC (HSBC Supply Chain Finance atau HSCF).

HSCF ini adalah sebuah alat perbankan global dengan faedah yang menarik untuk para pelanggan HSBC dan rakan dagangan mereka.

Ini dibuat melalui automasi dan peningkatan kebolehgunaan, termasuk pemudahan pembekal untuk membuka akaun bersama bank itu.

Platform HSCF adalah platform elektronik yang membolehkan pelanggan memuat naik invois yang diluluskan dan sebagainya.

Pelanggan boleh menghantar fail invois dan fail pembayaran yang diluluskan kepada HSBC pada bila-bila masa dan boleh dilakukan di mana sahaja.

Pelanggan HSCF (pembeli) sudah melihat manfaat meningkatkan kelestarian dan keberkesanan kos di sepanjang rantaian bekalan mereka.