Sementara itu, Khazanah Nasional telah mengumumkan bahawa anak syarikat tidak langsung miliknya, Pulau Memutik Ventures telah memeterai satu perjanjian pembelian saham dengan Pantai Holdings Sdn Bhd.
Melalui perjanjian ini, Khazanah akan melupuskan 100% pegangannya dalam Prince Court bernilai RM1.02 bilion secara tunai.
Prince Court telah diambil alih oleh Khazanah pada tahun 2018. Semasa pembelian, Khazanah ingin membangunkan sektor hospital swasta.
Namun, berdasarkan mandat baharu Khazanah, syarikat pelaburan ini telah melupuskan pegangannya.