Artikel

IHH Healthcare Beli Prince Court Medical Centre

IHH Healthcare perkukuhkan posisi di industri hospital swasta dengan pembelian Prince Court Medical Centre Sdn Bhd dengan harga RM1.02 bilion.

Pembelian milik penuh ini dibuat setelah memenuhi kesemua kriteria pembelian dan penjualan kedua-dua syarikat berkenaan.

Anak syarikat milik penuh IHH, Pantai Holdings Sdn Bhd, telah memasuki satu perjanjian saham bersyarat dengan Pulau Memutik Ventures Sdn Bhd, sebuah anak syarikat Khazanah Nasional, dengan pembelian 100 juta saham biasa, dan 35,176 saham luar biasa di Prince Court, yang menggambarkan kesemua saham Prince Court.

Prince Court berada di kedudukan strategik di tengah-tengah ibu kota, yang juga dinamakan sebagai kawasan ‘golden triangle’. Kawasan ini dimuatkan dengan beberapa aset bernilai tinggi, seperti KLCC, Bukit Bintang, dan beberapa kedutaan besar.

Pembelian ini dijangka akan disahkan pada suku pertama tahun hadapan.