Artikel

Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) LHDN Tinggal 14 Hari Lagi

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengingatkan orang ramai bahawa Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) tinggal 14 hari lagi dan akan tamat pada 30 September 2019.

PKPS bertujuan memberikan ‘peluang kedua’ kepada pembayar cukai yang mempunyai masalah pematuhan cukai untuk membuat pembetulan.

Dalam program ini, pelaporan cukai mereka menawarkan pengenaan kadar penalti yang rendah iaitu hanya 15% bagi fasa kedua ini.

Menurut LHDN, kadar penalti biasa adalah sekitar 40% hingga 300% mulai 1 Oktober 2019.

Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) LHDNM YBhg. Dato’ Sri Sabin bin Samitah memberi jaminan kepada peserta yang hadir bahawa Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) tidak akan membuat semakan lanjut ke atas tahun taksiran di mana pengakuan sukarela telah dibuat dengan suci hati oleh pembayar cukai di bawah program ini.

Untuk sebarang keterangan lanjut berkenaan PKPS, sila:

  1. Kunjungi Pejabat LHDNM yang berhampiran;
  2. Hubungi Hasil Care Line LHDNM di talian 1-800-88-5436 atau 603-8911 1100 (Luar Negara); atau

iii. e-mel pertanyaan kepada: [email protected]