Tindakan kerajaan Arab Saudi untuk hentikan produksi minyak sementara susulan serangan dron di dua fasiliti pembuatan minyak mereka sememangnya akan memberi impak kepada harga minyak dunia, menurut Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Namun demikian, beliau turut menyatakan bahawa kerajaan akan memberikan subsidi minyak sekiranya harga meningkat secara mendadak.
Sekarang, Arab Saudi mungkin akan hentikan produksi sebanyak 5.7 juta tong minyak sehari. Ini telah menyebabkan para analisis menjangkakan harga minyak akan melonjak AS$5 setong atau lebih tinggi dalam jangka masa terdekat ini.
Serangan dron di dua pusat penarifan minyak Saudi, di Abqaiq dan Khurais didakwa oleh AS dilakukan oleh Iran. Iran pula mendakwa serangan ini dilakukan oleh kumpulan pemberontak Houthi di Yemen.