Artikel

Malaysia, China: Sepakat Tampil Dengan Mekanisma Rundingan Berkenaan Isu Perairan Laut China Selatan

Apa yang sedang berlaku: Malaysia dan China telah bersetuju untuk tampil dengan mekanisme dialog-bersama bagi perbincangan Laut China Selatan yang dipertikaikan. Wakil diplomat utama kerajaan China telah bertemu wakil Menteri Luar Malaysia pada Khamis lalu.

Kenapa ini penting: Keberadaan tentera laut China yang baru-baru ini pada perairan strategik, dengan angkutan barangan bernilai lebih daripada RM14 trilion (AS$ 3.4 trilion) telah menimbulkan ketegangan dengan Vietnam, Filipina, Malaysia, Brunei dan Taiwan. Kedudukan Malaysia pada persaingan Laut China Selatan menjadi lebih kritikal setelah China mula memonopoli berbilion-bilion dolar ke atas projek infrastruktur di bawah Belt and Road Initiative.

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu menyatakan meskipun Malaysia kerap mengesan kemasukan kapal tentera laut China pada perairan wilayah negara. Namun, China masih menghormati Malaysia dan tidak melakukan sebarang kesulitan buat masa ini. Wakil diplomat tertinggi China – Wang Yi memberitahu sidang akhbar bersama Menteri Luar Malaysia Saifuddin Abdullah bahawa tahun ini, ketegangan di Laut China Selatan semakin reda. China nekad untuk terus mengendalikan isu Laut China Selatan dan menjaga keselamatan serta kestabilan Bersama.

Apa selepas ini: Menerusi kata sepakat itu, kedua-dua pihak bersetuju untuk melaksanakan mekanisme perundingan dua hala bagi isu-isu maritim, platform baru untuk dialog dan kerjasama untuk kedua-dua buah negara. China adalah rakan kongsi perdagangan terbesar Malaysia dan memiliki hubungan budaya yang sangat rapat.

Pada bulan Julai lalu, China dan Malaysia telah menyambung semula pembinaan sebuah projek kereta api di utara Malaysia, yang merupakan sebahagian daripada pelan Belt and Road Initiative, selepas penggantungan selama setahun dan menyusul perjanjian yang jarang berlaku untuk mengurangkan kosnya dengan hampir satu pertiga, kepada kira-kira RM45 bilion (AS$ 11 bilion).