Artikel

BNM: Dasar Monetari Kekalkan OPR Pada 3%

Apa yang sedang berlaku: Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) telah memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada kadar 3.00 peratus. Ekonomi global berkembang pada kadar yang lebih sederhana berikutan pertumbuhan yang lebih perlahan di kebanyakan ekonomi maju dan sedang membangun. 

Kenapa ini penting: Ketegangan perdagangan baru-baru ini dilihat semakin merosotkan pertumbuhan domestik beberapa buah negara. Pelonggaran dasar monetari dalam beberapa negara ekonomi utama telah mengurangkan kedudukan kewangan global. Namun ketidakpastian ekoran perselisihan perdagangan yang berlaku dan perkembangan geopolitik yang berpanjangan boleh menyebabkan ketidaktentuan pasaran kewangan yang berlebihan.

Bagi Malaysia, prestasi pertumbuhan ekonomi yang lebih kukuh pada suku kedua tahun 2019 telah didorong oleh ketahanan perbelanjaan swasta dalam sektor ekonomi utama. Bagi pertumbuhan domestik, secara keseluruhannya unjuran pertumbuhan asas untuk 2019 kekal tidak berubah, dalam lingkungan 4.3% – 4.8%. Walau bagaimanapun, unjuran ini tertakluk kepada risiko penurunan yang lebih rendah berikutan ketegangan perdagangan yang semakin meningkat, ketidakpastian mengenai persekitaran global dan domestik, serta kelemahan berpanjangan dalam sektor berkaitan komoditi.

Apa selepas ini: Inflasi utama dijangka kekal rendah. Manakala inflasi dasar dijangka kekal stabil, disokong oleh perkembangan ekonomi yang berterusan dan ketiadaan tekanan permintaan yang kukuh. Pada peringkat semasa OPR, pendirian dasar monetari tetap akomodatif dan menyokong aktiviti ekonomi. 

MPC akan terus menilai imbangan risiko terhadap prospek pertumbuhan dan inflasi domestik, untuk memastikan pendirian dasar monetari tetap kondusif bagi pertumbuhan mapan pada kedudukan harga yang stabil.