Apa yang sedang berlaku: Maxis dan Cisco sukacitanya mengumumkan perkongsian bagi pasaran Malaysia adalah penyelesaian Managed Software-Defined Wide Area Network (SD-WAN) untuk perniagaan. Kedua-dua pihak telah termeterai Memorandum Persefahaman (MoU).
Kenapa ini penting: Kerjasama ini adalah satu inisiatif dalam rancangan pertumbuhan jangka panjang Maxis. Bersama Cisco, ia dapat memberi manfaat penting daripada penyelesaian rangkaian digital kepada generasi akan datang. Penyelesaian rangkaian berasaskan perisian tersebut memberikan fleksibiliti yang menyeluruhkan serta membolehkan perusahaan-perusahaan terus berkembang mengikut keperluan dalam dunia yang didorong digital, awan dan data.
“Kerjasama ini membawa keupayaan unik untuk kehidupan,” kata Paul McManus, Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan Maxis.
SD-WAN adalah teknologi rangkaian generasi akan datang yang memudahkan pengurusan, penyebaran dan pentadbiran dalam keperluan rangkaian organisasi. Ini membolehkan tugasan operasi seperti konfigurasi, pengurusan dan penyelenggaraan dipermudahkan dengan ketara. Perniagaan boleh menikmati manfaat daripada peningkatan penampilan dan pengurangan kos apabila memilih untuk beroperasi melalui kesalinghubungan yang cekap kos, melalui pelbagai penyelesaian rangkaian Maxis.
Bagaimana ia berfungsi: Melalui fungsi awanan, perniagaan boleh menyambung mana-mana pengguna dan aplikasi, di mana-mana sahaja. Keupayaan Cisco dalam seni bina berasaskan awanan dan kelebihan rangkaian Maxis menjadi asas kepada kerjasama ini. Pelaksanaan ini penting dalam menggerakkan transformasi digital dan memacu kaedah baharu pada perusahaan.
Manfaat yang boleh didapati pada SD-WAN adalah para perusahaan mampu menjadi lebih tangkas melalui otomatisasi dan kecerdasan. Mereka akan mendapat akses kepada penyelesaian kesalinghubungan konvergen yang fleksibel, boleh diskala dan cekap kos, terutamanya jika ia diuruskan oleh Maxis. Sekuriti yang dibina dalam SD-WAN juga membolehkan komunikasi yang selamat dan pelaksanaan dasar-dasar sekuriti hujung-ke-akhir merentas rangkaian.
Apa selepas ini: Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, kedua-dua buah syarikat telah membuat komitmen untuk mempelbagaikan manfaat dan membangunkan potensi industri. Tawaran konvergen Maxis dibina di sekitar proposisi “Sentiasa Berhubung”, iaitu memanfaatkan rangkaian tetap dan mudah alihnya yang unik. Ia mempunyai visi untuk membantu semua peringkat perniagaan dengan meningkatkan mutu cara bekerja. Teknologi inovatif dan penyelesaian digital Maxis ini disokong oleh rangkaiannya dengan memastikan pengalaman tanpa sebarang batasan.