Artikel

Apple: Mengurangkan Harga Dengan Meningkatkan Perkhidmatan Pada Pelancaran iPhone 11

Harga antara pertimbangan utama Apple pada acara mereka kali ini. Di mana pihaknya telah mengurangkan harga kemasukan iPhone sehingga RM3399 dan mengurangkan pesaing untuk langganan bagi segmen permainan dan penstriman televisyen.

Apple telah melancarkan tiga versi iPhone 11 termasuk model Pro dengan tiga kamera dan turut tampil dengan ciri-ciri canggih lain bermula pada RM4899 (iPhone 11 Pro) dan RM5299 (iPhone 11 Pro Max) — memperlihatkan penurunan harga sebanyak RM100 berbanding tahun lepas — ia memperlihatkan ciri-ciri yang dinaiktaraf termasuk lensa kamera ultra-lebar.

Kejutan dari Apple adalah pengurangan harga bermula pada RM3399, turun dari harga asal iaitu RM3599 bagi iPhone XR tahun yang lalu. Namun masih banyak lagi peranti premium Apple yang berharga lingkungan melangkaui RM4000.

Ketua Eksekutif Apple – Tim Cook menyifatkan pelancaran iPhone baharu ini hadir dengan keupayaan yang unik dan reka bentuk baharu yang lebih luar biasa.

 

Kandungan Digital

Pengumuman Apple kelihatan ditujukan untuk menekankan kualiti dengan melihat pada peralihan model perniagaan mereka menerusi pengurangan kebergantungan pada telefon pintar dan mengikat kandungan digital dan perkhidmatan lain ke perantinya.

“Kami mendapati aliran pelancaran produk telefon pintar ini sering berlaku tanpa henti, dengan kandungan yang digunakan sebagai senjata utama,” kata Avi Greengart, penganalisis dan perunding dengan Techsponential.

“Saya fikir iPhone 11 adalah menarik dan boleh meyakinkan orang ramai untuk menaiktaraf lebih awal dengan memberikan harga yang lebih rendah dan hayat bateri yang lebih lama, bukan hanya kualiti kamera yang lebih baik.”

Dengan peranti dan perkhidmatan baharu ini, “Saya fikir terdapat lebih banyak alasan untuk kekal bersama Apple berbanding dengan hanya melihat kekurangan Apple,” kata Patrick Moorhead, penganalisis di Moor Insights & Strategy.

 

Siaran Dan Permainan

Perkhidmatan Apple TV+ pada 1 November ini akan dilancarkan lebih daripada 100 negara pada RM19.90 sebulan dan akan merangkumi – barisan, filem, dokumentari dan inspirasi.

Walaupun perkhidmatan penstriman Apple akan mempunyai kandungan terhad pada fasa awal, harganya berada di bawah RM29 (AS$ 6.99) untuk perkhidmatan Disney+ yang akan datang dan dikatakan ia lebih mahal berbanding Netflix (mencapai RM51).

Selain itu, Apple turut memaparkan drama, komedi dan filem serta program kanak-kanak dalam perkhidmatannya. Ia akan bersaing dengan penstriman gergasi seperti Netflix dan Amazon.

“Dengan Apple TV+, kami dapat menyampaikan cerita-cerita asal dari fikiran yang terbaik, terang dan paling kreatif, dan kami tahu penonton akan mencari rancangan atau filem kegemaran mereka yang baharu dalam perkhidmatan kami,” kata Zack Van Amburg, Ketua Video Apple.

Apple berkata pelanggan yang membeli iPhone, iPad, Apple TV, iPod touch atau Mac akan memperolehi langganan percuma bagi pada tahun pertama perkhidmatannya.

Apple Arcade, akan dilancarkan pada minggu hadapan, menawarkan permainan video eksklusif untuk pengguna mudah-alih dan desktop.

Perkhidmatan baru, yang juga akan dikenakan biaya RM19.90 sebulan, akan merangkumi lebih dari 100 judul permainan yang dibuat untuk peranti Apple dan akan tersedia di sekitar 150 negara.

“Anda tidak boleh mencari permainan ini di mana-mana platform mudah-alih atau perkhidmatan langganan lain,” kata pengurus produk, Ann Thai pada acara media Apple.

Apple juga melancarkan kemaskini ke tablet iPad dan smartwatch Apple Watch, dengan menekankan harga yang stabil atau lebih rendah berbanding potongan versi lama.

“Kami fikir penetapan harga iPhone 11 yang lebih rendah akan membantu mempromosikan peningkatannya, khususnya di China, manakala tawaran Apple Arcade dan TV+ akan membantu mempercepatkan pertumbuhan perkhidmatan,” kata penganalisis CFRA Research, Angelo Zino dalam satu nota mengenai Apple.

Saham Apple mengakhiri hari rasmi ini dengan angka RM904 (AS$ 216.70), sementara pesaing televisyen penstirman seperti Netflix dan Disney, kedua-duanya turun hampir dua peratus.