Disney, Netflix, dan Roku kesemua susut nilai di pasaran setelah Apple mengumumkan tarikh pelancaran dan harga langganan bulanan kepada produk penstriman video mereka, yang dinamakan Apple TV+.
Di Malaysia, Apple TV+ akan mula dipasarkan mulai bulan November ini, dengan harga langganan RM19.90 sebulan.
Apple juga mengumumkan tahun pertama langganan adalah percuma.
Ini juga akan menjejaskan perniagaan syarikat satelit Malaysia, Astro kerana produk penstriman video Apple TV+ akan menyebabkan ramai pengguna Astro kemungkinan beralih perkhidmatan.
Di Amerika Syarikat (AS) serta beberapa pasaran lain, harga langganan bulanan adalah sekitar AS$7-10 sebulan. Apple TV+ dipasarkan dengan harga $4.99 sebulan.
Selain itu, kandungan Apple TV+ adalah berbentuk original, dengan kerjasama dengan nama-nama besar industri hiburan, seperti Steven Speilberg, Oprah Winfrey, dan lain-lain.
Disney susut 2.76%, Netflix susut 3.25%, dan Roku susut 12.62%.