Apa sedang berlaku: Biro Audit Peredaran, atau Audit Bureau of Circulations (ABC) sedang mengalami satu krisis kerana beberapa syarikat surat khabar tarik diri dari menjadi ahli ABC.
Siapa terlibat: Akhbar The Star, Sin Chew Daily, dan China Press telah memberitahu ABC bahawa mereka akan tarik diri dari menjadi ahli ABC.
Apakah itu ABC?: ABC berada di bawah pengelolaan Persatuan Pengiklanan Malaysia (MAA), Persatuan Ejen Pengiklanan Dikreditasi (AAAA), dan Persatuan Khusus Media (MSA).
Mengapa ini satu krisis?: Walaupun ABC berada di bawah pengelolaan beberapa badan pengiklanan, kesemua kewangan ABC dijana oleh ahli mereka yang terdiri daripada akhbar-akhbar seluruh negara.
Apa maksud ini: Ini bermakna, akhbar terlibat tidak lagi mahu diaudit secara badan bebas, tentang angka peredaran akhbar mereka. Ini juga bermakna akhbar terlibat tidak mahu badan bebas seperti ABC mengaudit angka jualan mereka. Ini juga bermakna ABC akan kekurangan dana kewangan sekiranya akhbar-akhbar menarik diri dari menjadi ahli.
Apa selepas ini: Di seluruh negara, pengiklan sebaiknya memerlukan angka peredaran dan jualan akhbar-akhbar. Angka ini seharusnya diberikan oleh badan bebas. Angka jualan ini memberitahu para pengiklan tentang keberkesanan dan keutuhan sesebuah akhbar dalam industri ini untuk menentukan harga terbaik untuk diberikan oleh para pengiklan kepada akhbar tempatan. Sekiranya ABC tidak wujud, para pengiklan akan hilang cara untuk menentukan bagaimana cara terbaik untuk menentukan keberkesanan sesebuah akhbar dalam industri ini. Ini juga memberi satu gambaran bahawa industri akhbar mengalami satu situasi di mana mereka harus memikirkan cara terbaharu untuk menawan hati para pengiklan. Adakah Digital cara masa depan?