Artikel

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 Kini Dilancarkan Untuk Membantu Pengusaha Negara

Perdana Menteri YAB Tun Dr Mahathir Mohamad telah melancarkan Dasar Keusahawanan Nasional (DKN) di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) pagi tadi.

Melalui ucapan yang diberikan beliau, Tun Mahathir berkata beliau amat terharu dengan program-program yang tersedia dan yang akan dibentuk, melalui dasar ini. Untuk makluman anda, ini antara objektif utama berkenaan DKN.

 

DKN mempunyai 5 objektif utama:

  1.  Mewujudkan ekosistem keusahawanan yang baik untuk usahawan
  2.  Membentuk masyarakat yang berfikiran dan berbudaya keusahawanan
  3.  Meningkatkan bilangan usahawan yang berkualiti, berdaya maju, dan kompetitif
  4.  Mempertingkatkan keupayaan usahawan tempatan dan Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
  5. Menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan

 

Bagi mengetahui maklumat lanjut berkenaan perincian Dasar Keusahawan Nasional ini, anda boleh melayari pada pautan dibawah.