Apa yang sedang berlaku: Menteri Hal Ehwal Ekonomi Malaysia – Datuk Seri Mohamed Azmin Ali beri kenyataan bahawa perang tarif antara Amerika Syarikat dan China telah merugikan semua pihak. Beliau juga mengharapkan keputusan yang postif bagi rundingan pada awal Oktober hadapan.
Kenapa ini penting: Menurut laporan Bernama, Beijing dan Washington telah menaikkan tarif pada 1 September lalu manakala AS dijangka akan menaikkan tarif mereka pada 1 Oktober ini. Ketidakpastian ini secara tidak langsung mendatangkan impak yang negatif pada pertumbuhan ekonomi negara-negara luar.
Apa selepas ini: Malaysia percaya bahawa memiliki rangka kerja dalam pelbagai hala adalah antara kaedah untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Malah, Malaysia juga akan terus perkukuhkan kerjasama bersama negara China, AS dan ASEAN.